Sunday, 4 January 2015

Renang


RENANG

Definisi renang.
  • Adalah bermaksud bergerak dengan menggunakan tangan,kaki atau kaedah-kaedah yang lain di permukaan air. Renangan menggunakan kaedah yang betul iaitu kombinasi pernafasan,tendangan kaki dan kayuhan tangan yang tepat pasti mampu membawa perenang bergerak dengan lebih pantas dan laju.
Dimalaysia, Terdapat dua aliran renangan bagi mereka yang berminat umtuk memajukan diri di dalam aktiviti renang ;-

1) Aliran Sukan atau kompetitif yang diperolehi oleh persatuan renang amatur malaysia adalah persatuan renang utama yang diiktiraf oleh majlis sukan negara yang dinamakan FINA " The Federation Internationale de Natation" FINA disertai 202 buah negara dari seluruh dunia yang bergabung untuk mempromosikan aktiviti sukan air seperti renang, terjun papan anjal dan polo air.

2) Aliran Penyelamat yang dipelopori oleh persatuan penyelamat kelemasan malaysia " Life Saving Society of Malaysia" nama ringkasnya LSSM.

 http://kkhstourism.blogspot.com/p/spl-3015.html


Teknik-Teknik Asas Menyelamat Mangsa Lemas

Kami pelajar spl3 diminta menggunakan kretiviti masing-masing dalam menghasilkan video animasi mengenai teknik-teknik asas menyelamat mangsa lemas. Kami diminta untuk menjelaskan setiap tahap kesusahan bagi setiap teknik yang dikeutarakan. Kami juga diminta untuk menyenaraikan langkah-langkah yang digunakan bagi setiap kaedah teknik menyelamat tersebut.

Reach ( Mencapai)
  • Teknik mencapai dan menghulur. Penyelamat akan berada di permukaan darat yang akan menghulurkan sesuatu objek bagi menyelamat mangsa lemas. Objek yang dihulurkan atau mengapai mangsa tersebut seperti kayu, kain yang panjang dan juga tali. Setelah mangsa sampai di tebing penyelamat boleh mengapai menggunakan tangan untuk membawa mangsa di permukaan darat.


Throw (Melempar)
  • Teknik ini sama seperti teknik reach tetapi penyelamat dalam keadaan yang berdiri. Penyelamat juga akan melemparkan sesuatu objek yang dapat menyelamatkan mangsa lalu membawa mangsa ke atas permukaan darat.

Wade
  • Teknik Wade pula, penyelamat akan berada di tebing kolam atau sungai dan menghulurkan sesuatu barang kepada mangsa lemas dan menarik mangsa ke atas permukaan darat. 

Row (Mendayung)
  • Teknik Row ini adalah mendayung dengan meggunakan sampan ke arah mangsa yang lemas dan menyelamatkan mangsa tersebut. Ia menarik mangsa ke dalam sampan.

Swim
  • Penyelamat yang akan berenang ke arah mangsa tanpa menggunkan sesuatu objek. Penyelamat akan menyelamat mangsa lemas menggunakan teknik renang yang boleh menarik mangsa ke permukaan darat.

Tow
  • Penyelamat juga akan berenang ke arah mangsa dan menggunakan pelampung dan akan menarik pelampung tersebut bersama mangsa dan membawa ke permukaan darat.
ini adalah video animasi teknik-teknik menyelamatkan mangsa lemas yang kami buat selama 3 jam. selamat menontonnn ! seronokkkkkkkkkkkkkk hehehhe

No comments:

Post a Comment