Wednesday, 4 February 2015

Melaksanakan aktiviti kayak


Pengenalan Aktiviti Kayak

Aktiviti berkayak merupakan aktiviti yang sihat. Matlamat utamanya ialah melahirkan individu yang sihat, cergas serta memiliki kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan jasmani. Selain itu juga, Ia merupakan media pelepasan tekanan dan menimba ilmu pengetahuan.  Berkayak ini sangat terkenal pada zaman dahulu. Ia juga membolehkan kita banyak kawan dan mempunyai minat yang sama, Ini boleh menimbulkan semangat kakitangan, kerjasama dan bersatu teguh. Aktiviti yang di jalankan ini sangat membantu untuk menjadi kepimpinan dan mewujudkan sikap tanggungjawab pada diri.

Definisi kayak ;-

- Aktiviti berkayak ini ialah sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup atau geladak terbuka dan menggunakan pendayung untuk mendayung.

Perkembangan Kayak Di Malaysia


  • 1970- Pulau Pinang telah melopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuaannya yang ekspedisi dan pertandingan.
  • KBS merupakan tonggak yang meransang kegiatan kayak di seluruh seluruh Malaysia. Aktiviti utamanya ialah ekspedisi.
  • 1988- kayak solo oleh 2 orang anak muda Malaysia mengelilingi Semenanjung Malaysia.
  • 1922- Acara Kayak di pertandingkan di Sukan Malaysia yang ke-4 di Johor Bharu.\
  • Kayak mula Aktiviti di institusi pendidikan.
http://kkhstourism.blogspot.com/p/spl-3015.html

Tujuan aktiviti kayak
  • Melahirkan individu yang aktif , sihat, cergas,serta kesejahteraan fizikal, mental dan jasmani.
  • Dapat melepaskan tekanan
  • Menambahkan Ilmu Pengetahuan 
  • Mencuba sesuatu yang baru untuk membuktikan semangat alam sekitar
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab kendiri
  • Mempeluaskan aktiviti berkayak ini dengan orang luar
  • Mempamerkan semangat kekitaan, kerjasama dan kesatuan
  • Mendapat rakan yang mempunyai minat yang sama
Pakaian yang sesuai digunakan semasa berkayak dan mengapa ;-


Pakaian yang sesuai dan ringan, mengapa? Kerana untuk mengelakkan sebarang kelemasan dan untuk mengelakkan sinaran matahari. Takut Hitam -.- HAHA

Kenalpasti The Do's dan The Don't aktiviti kayak

  • Menyesuaikan diri dengan alam sekitar
  • Hormati suasana
  • Jangan mudah panik
  • Jangan mudah putus asa
  • Berfikiran yang positif 
  • Percaya setiap kali ada masalah pasti ada penyelesaiannya.
  • Jaga kebersihan alam sekitar
  • Jangan meninggalkan sampah sarap
Peralatan-peralatan yang digunakan semasa berkayak
  • Kayak
  • Pendayung
  • Pakaian yang sesuai
  • Wisel
  • LifeJaket
  • Helmet
  • Kompas
  • Dry Bag
  • Lampu Kecemasan
  • Throw Bag
http://kkhstourism.blogspot.com/p/spl-3015.html

Thursday, 29 January 2015

KAYAK

Definisi kayak :
     
Berkayak merupakan suatu aktiviti merentas air dengan menggunakan bot kayak yang kecil dan selesa bagi aktiviti tersebut. Bot ini direka secara manual dan dikemudikan dengan menggunakan pendayung. (paddle)

Disini saya ingin menceritakan betapa seronoknya aktiviti kayak ini dijalankan. Pada mulanya kami berkumpul di Kolej Komuniti pada jam 8 pagi serta  kami minum. Kami hanya bertujuh sahaja termasuk dua pensyarah yang mengiringi kami. Kami pun bertolak dari Kolej pukul 9 pagi kira-kira dalam satu jam setengah baru sampai di tempat kayak tersebut iaitu SEMADANG KAYAK.
Setelah sampai, Kami menukar pakaian yang sesuai dengan aktiviti kayak tersebut dan kami di beri serba sedikit asas berkayak dan asas keselamatan ketika berkayak dan dua orang Mat Salleh yang turut serta bersama kami. Ianya amat seronok. Perasaan tidak sabar tu memang dah tak tahu nk cakap macam mana. - feeling excited. hehe :) Tidak lama kemudian kami pun turun ke  sungai untuk bersedia dengan aktiviti berkayak. Dayung punya Dayung sampai tak tahu erti kepenatan masa itu. Setelah selepas 10 minit berkayak kami pun singgah satu tempat untuk pergi ke tempat yang di katakan oleh guide iaitu Waterfall. Untuk pergi ke waterfall tersebut rupanya merintasi lumpur. Lumpur yang sangat dalam. Ia nya amat mengelikan tapi seronok. Kaki masuk ke lumpur tu hampir ke paha. eeeeeiurrrr >.< Kesemuanya menjerit kerana pertama kali masuk ke lumpur itu. aduiiiiiii dan kami pun berehat di waterfall tersebut. Setelah habis berehat kami pun berpatah balik untuk menaiki kayak tersebut dan pergi ke destinasi seterusnya iaitu semadang kayak lunch untuk menikmati masakan makanan orang sarawak tersendiri iaitu kami di hidangkan dengan Red Rice, Ayam pansuh, Sayur Mydin, Kacang Buncis, dan Ayam Goreng. Sangat Sedap. Pergilahh ke Semadang Kayak bersama Keluarga anda pasti seronok. Muahehehe :* Setelah habis makan tengahari kami berehat sekejap sementara hendak bertolak lagi untuk ke destinasi seterusnya. Jauhhh ituuu 11KM. Tapi memang SUPERBBBBB!! Air sungai itu pun sangat OK. tapi ianya agak deras. 

Okeyyy, selepas kami makan dan berehat. Kami pun turun berkayak untuk menyambung perjalanan yang masih jauh untuk sampai. Hampir 30 minit kami berdayung. huhu dan kami berhenti untuk berehat dan mandi-manda. Semasa saya dengan kawan-kawan saya mandi-manda bersama, Kami ingin memberanikan diri kami pergi ke tempat yang dalam untuk mengetahui sedalam mana saya boleh pergi. Tahu Tak??? Kami hampir hanyuttttttt. Jauh sangattt. haha itu yang melucukannya.  dan kami pun di selamatkan oleh guide dengan menggunakan "TALI"  Haiya~~~ tidak dapat saya mengenangkannya pun aduiii la lucu. hahahaha. *Tetak miss dyi baca*  

Setelah habis kami mandi-manda kami pun bergerak untuk pulang ke destinasi yang akhir sekali...Tidak lama kemudian kami pun sampai dan masing-masing membawa bot kayak itu dan pendayung naik ke atas. huhuhu Kami pun dah penat masa tu. Muka nampak sangat dah kepenatannya disitu. Kami pun mandi dengan air bersih untuk mengantikan baju yang tidak basah. dah akhir sekali kami ada sesi bergambar dengan Guide dan Mat Salleh di situ sebelum bertolak ke Kolej Komuniti. 

Akhir sekali, Kesemuaanya nampak penat. Masing-masing tidur di dalam "fortuner" sementara sampai ke Kolej Komuniti. Agak- agak dalam pukul 4 petang baru sampai. 

 -THE END-








Wednesday, 7 January 2015

already gone.


poster peralatan snorkeling :)



Haritok tek polah poster  peralatan snorkeling tauk kohhh! first polah tok sik pande rasa nak manas jak. haha ngenang tok markah ehh. mun dakkkk tek sik polah haha :p Rasa best jak bila dah pande eh. Rasa Terer ada juak. sikpa. atleast ada pengalaman pake tempat kerja kelak, Lak boss nyuruh tok nyuruh ya senang. HAHA !! Jangan siktauk tok kooo. pecah juak palak mikir bh. klahh. kmk share cgek youtube dengan takrang k feeling rasa best, rasa terer ya tek. hahah sedih jak lagu ya kohh. matiku~~~


Monday, 5 January 2015


 - Hari ini , saya belajar tajuk "Snorkeling" dimana tempat snorkeling yang ssaya pilih ialah di Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.

- Ia terletak di Besut,Terengganu.Malaysia. Pulau Perhentian ini terbahagi kepada dua pulau utama ialah pulau perhentian besar dan pulau perhentian kecil.

Untuk kali ini, Aktiviti yang boleh dilalukan dipulau perhentian yang penuh dengan keindahan ini. Sememangnya, sesiapa yg datang ke sini untuk melepaskan tekanan semasa bercuti. Disamping bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Disini adalah salah satu aktiviti yang dapat menarik minat pelancong untuk aktiviti bersantai. Selain itu, Mandi di pantai yang indah dan jernih. Disini juga akan menyediakan aktiviti seperti Snorkeling, Scuba Diving, Jungle Trekking, Fishing dan Aktiviti Sukan.
- Pulau Perhentian menjanjikan pengalaman snorkeling lebih menarik.
- Di Pulau perhentian juga menyediakan peralatan yang purata herga sewa sekitar Rm10
- Disana juga terdapat beberapa tempat snorkeling yang best.
- Pilihlah tempat yang menarik bagi kepuasan masing-masing untuk melihat keindahan di dalam laut.
- Untuk melihat Ikan Yu, Shark Point adalah tempatnya dan ianya boleh sampai dengan bot.
- Jika bernasib baik, bolehlah melihat penyu di dalam laut. Terumbu karang dan ikan pelbagai warna adalah daya tarikan untuk aktiviti snorkeling ini.




posted by MFAR at 5 : 22 PG


Manakala Pulau Tioman pula, Ianya mempunyai banyak Pulau untuk melakukan aktiviti Snorkeling ini. Saya akan menceritakan satu persatuan di Pulau Tioman ini untuk aktiviti snorkeling.

"Snorkeling di Pulau Rengis"
- ini adalah satu aktiviti " Snorkeling" yg popular di Pulau Tioman. Disini terkenal dengan " Coral " yang amat cantik sekali. Anda akan jumpa pelbagai jenis "Coral" yang mungkin tidak akan di jumpa di Pulau lain. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan "Coral" yg "Superb" disini.

"Snorkeling di Pulau Tulai ( Coral Island)"
- Pulau ini juga tempat popular untuk aktiviti "Snorkeling" dan "Diving" di Pulau Tioman. Pulau Tulai ini berada di utara-timur Pulau Tioman.
"Snorkeling di Taman Laut Pulau Tioman"
- Pulau Tioman ini Pulau-Pulau kecil disini telah dizonkan sebagai Taman Laut demi menjaga  kehidupan laut disini. Taman Laut ini adalah salah satu tempat WAJIB untuk aktiviti "Snorkeling"
www.pakejpulaumalaysia.com

Peralatan Semasa "Snorkeling" (Kelengkapan Snorkeling"

Face Mask / Topeng Selam
- Memastikan memilih Mask yang bersesuai dengan muka kita bagi mengelakkan berlaku kebocoran dan tidak dimasuki air.

J-Tube / Alat Pernafasan
- Snorkel adalah satu tiub yang fleksibel, dibuat daripada getah ataupun plastik.

Fins / Kaki Itik
-Snorkeling fins adalah salah satu alatan yang dapat membantu pergerakan penyelam. Tanpa Fins, Aktiviti snorkeling masih boleh dilakukan. Akan tetapi, Fins dapat menambahkan kelajuan pergerakan semasa aktiviti.

PFD/ Jaket Keselamatan
- Vest bagi snorkeling adalah satu alat apungan yang dapat membantu supaya tidak berlaku sebarang kecederaan kepada pengguna. Vest ini dapat membantu terutamanya kepada Kanak-kanak dan mereka yang mengurangkan penggunaan tenaga ketika bergerak di dalam air.
posted by pu6lrc3rroR at 10 : 36 PM

Sunday, 4 January 2015

Renang


RENANG

Definisi renang.
  • Adalah bermaksud bergerak dengan menggunakan tangan,kaki atau kaedah-kaedah yang lain di permukaan air. Renangan menggunakan kaedah yang betul iaitu kombinasi pernafasan,tendangan kaki dan kayuhan tangan yang tepat pasti mampu membawa perenang bergerak dengan lebih pantas dan laju.
Dimalaysia, Terdapat dua aliran renangan bagi mereka yang berminat umtuk memajukan diri di dalam aktiviti renang ;-

1) Aliran Sukan atau kompetitif yang diperolehi oleh persatuan renang amatur malaysia adalah persatuan renang utama yang diiktiraf oleh majlis sukan negara yang dinamakan FINA " The Federation Internationale de Natation" FINA disertai 202 buah negara dari seluruh dunia yang bergabung untuk mempromosikan aktiviti sukan air seperti renang, terjun papan anjal dan polo air.

2) Aliran Penyelamat yang dipelopori oleh persatuan penyelamat kelemasan malaysia " Life Saving Society of Malaysia" nama ringkasnya LSSM.

 http://kkhstourism.blogspot.com/p/spl-3015.html


Teknik-Teknik Asas Menyelamat Mangsa Lemas

Kami pelajar spl3 diminta menggunakan kretiviti masing-masing dalam menghasilkan video animasi mengenai teknik-teknik asas menyelamat mangsa lemas. Kami diminta untuk menjelaskan setiap tahap kesusahan bagi setiap teknik yang dikeutarakan. Kami juga diminta untuk menyenaraikan langkah-langkah yang digunakan bagi setiap kaedah teknik menyelamat tersebut.

Reach ( Mencapai)
  • Teknik mencapai dan menghulur. Penyelamat akan berada di permukaan darat yang akan menghulurkan sesuatu objek bagi menyelamat mangsa lemas. Objek yang dihulurkan atau mengapai mangsa tersebut seperti kayu, kain yang panjang dan juga tali. Setelah mangsa sampai di tebing penyelamat boleh mengapai menggunakan tangan untuk membawa mangsa di permukaan darat.


Throw (Melempar)
  • Teknik ini sama seperti teknik reach tetapi penyelamat dalam keadaan yang berdiri. Penyelamat juga akan melemparkan sesuatu objek yang dapat menyelamatkan mangsa lalu membawa mangsa ke atas permukaan darat.

Wade
  • Teknik Wade pula, penyelamat akan berada di tebing kolam atau sungai dan menghulurkan sesuatu barang kepada mangsa lemas dan menarik mangsa ke atas permukaan darat. 

Row (Mendayung)
  • Teknik Row ini adalah mendayung dengan meggunakan sampan ke arah mangsa yang lemas dan menyelamatkan mangsa tersebut. Ia menarik mangsa ke dalam sampan.

Swim
  • Penyelamat yang akan berenang ke arah mangsa tanpa menggunkan sesuatu objek. Penyelamat akan menyelamat mangsa lemas menggunakan teknik renang yang boleh menarik mangsa ke permukaan darat.

Tow
  • Penyelamat juga akan berenang ke arah mangsa dan menggunakan pelampung dan akan menarik pelampung tersebut bersama mangsa dan membawa ke permukaan darat.
ini adalah video animasi teknik-teknik menyelamatkan mangsa lemas yang kami buat selama 3 jam. selamat menontonnn ! seronokkkkkkkkkkkkkk hehehhe