Jangan berenang sendirian
- Sekiranya anda berenang bersendirian jika berlaku sebarang kecemasan tidak siapa yang akan tahu anda sedang memerlukan bantuan. Jadi? janganlah berenang bersendirian tanpa ada orang yang menemani. Mungkin orang di sekeliling andapun tidak tahu.
Mengetahui tempat untuk berenang
- Sememangnya kita harus mengetahui tempat untuk berenang sama ada aras rendah ataupun aras tinggi untuk memastikan keselamatan kita terjaga dan kita telah menyesuaikan diri di tempat renang tersebut.
Jangan terus berenang selepas makan
- Jika terus berenang selepas makan kemungkinan makanan itu akan membuat kita berasa senak, bila berasa senak ini akan menyebabkan kita lemas dan boleh membawa maut. Boleh menyebabkan kekejangan otot. Bagi mengelakkan jangan terus berenang selepas makan anda harus menunggu 30 minit baru lah anda boleh kembali untuk berenang.
Jangan mengunyah gula-gula getah semasa berenang
- Jangan mengunyah gula-gula getah semasa berenang kerana pernafasan berenang memerlukan mulut dan kerongkong yang tiada makanan untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang maut menyebabkan mangsa boleh mati.
Jangan berlari atau bertolak-tolak dan membuat sesuka hati berdekatan papan geladak
- Jika berlari ataupun bertolak-tolak di tepian kolam akan menyebabkan kita jatuh ataupun tergelincir.
Dikehendaki mandi sebelum masuk ke kolam renang
- Untuk kebersihan, sememanngnya kita harus mandikan dengan air biasa untuk menyesuaikan suhu badan dengan air biasa dan air yang berklorin supaya serasi.
Dilarang membawa makanan dan minuman ke kawasan kolam renang
- Sememangnya dilarang atas sebab untuk menjaga kebersihan kolam renang tersebut dan sisa-sisa makanan tidak akan bercampur aduk di dalam kolam tersebut untuk menjaga pencemaran sekeliling.
Memakai pakaian yang bersesuaian
- Menyediakan pakaian renang mempunyai kepentingannya tersendiri dan juga boleh melindungi kulit daripada terkena sinar UV matahari.
Persediaan peralatan renang
- Menyediakan beberapa peralatan yang diperlukan untuk aktiviti asas renang seperti Cap, Googgle, Penyumbat telinga dan juga nose clip dengan rubber strap.




